Thursday, October 16, 2008

Apakah Masalah Pertuturan, Bahasa dan Pendengaran?

Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. Masalah-masalah ini boleh dibahagikan kapada dua kategori utama.

1. Gangguan Pendengaran: mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar bunyi dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit di mana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan, sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk.

2. Gangguan Pertuturan: Gangguan ini menjejaskan kefahaman dan cara seseorang bercakap. Gangguan ini dalam bentuk penyalahsebutan bunyi-bunyi pertuturan hingga ketidakbolehan bercakap.

Apakah tanda-tanda masalah Bahasa, Pertuturan atau Pendengaran?

Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan.

Gangguan pertuturan. Seseorang mungkin mengalami ini jika pertuturannya berbeza dari individu-individu laim dalam kumpulan umur, jantina atau bahasa yang sama, jika pertuutrannya sukar difahami, atau apabila seseroang itu mengelak dari komunikasi dengan orang lain.

Masalah Bahasa, Pertuturan dan Pendengaran yang kerap berlaku.

Masalah Pendengaran

1 Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural
Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.

3 Hilang pendengaran jenis campuran
Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural.

Masalah Bahasa

1 Masalah Perkembangan Bahasa
Kelambatan yang nyata dalam perkembangan perbendaharaan kata dan nahu yang perlu untuk bercakap. Ia seringkali dikesan pada usia lebih kurang dua tahun.

2 Afasia: Hilang keupayaan bertutur disebabkan strok atau kecederaan kepala.

Masalah Pertuturan

1 Gagap: Pertuturan yang tidak lancar disebabakan teragak-agak, dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan.

2 Masalah Artikulasi: Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul

3 Masalah Suara: Penggunaan nada, dan kekuatan suara yang tidak sesuai atau kualiti suara (serak, sengau)

4 Masalah Lain: Masalah makan dan menelan. Kesukaran untuk makan, minum dan menelan disebabkan masalah orofasial atau neurologi

Penyebab Masalah Bahasa, Pertuturan dan Pendengaran

Pendengaran: Antara penyebab maslah pendengaran ialah jankitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor.

Pertuturan dan bahasa: Antara penyebab masalah pertuturan ialah masalah hilang pendengaran, palsi serebral dan lain-lain masalh saraf atau otot, kecederaan kepala yang teruk, strok, kerancatan akal (contoh Sindrom Downs), kecacatan fizikal seperti lelangit bercelah, penyalahgunaan suara, penyakit (virus, kanser pita suara). Bagaimanapun, biasanya penyebab masalah tidak diketahui

Apakah yang perlu anda lakukan jika mengesyaiki masalh pertuturan, bahasa atau pendengaran?

Pemeriksaan secara menyeluruh perlu dilakukan oleh patologis pertuturan atau audiologis untuk menentukan masalah serta menentukan cara terbaik untuk menangani masalah tersebut.

Siapakah Patologis Pertuturan-Bahasa?

Seorang Patologis pertuturan-Bahasa merupakan ahli profesional yang terlatih dalan bidang komunikasi manusia, perkembangannya dan masalah yang dijhadapi. Seorang patologis pertuturan-bahasa bertanggungjawab untuk mencegah, mengenalpasti dan menilai masalah-masalah pertuturan dan bahasa, serta melakukan rehabilitasi yang sewajarnya bagi kanak-kanka dan dewasa yang menaglami masalah.

Siapakah Audiologis?

Audiologis merupakan alshi profesional yag terlatih dalam bidang pendenragan notrmal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatinanya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemadsangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program rehabilitasi dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengran.
Untuk mendapatkan bantuan khidmat Patologis Pertuturan-Bahasa atau Audiologis sila hubungi:



Persatuan Pertuturan-Bahasa dan Pendengaran
Peti Surat 610
Pejabat Pos Jalan Sultan
46770 Petaling Jaya
Selangor



Laman web:www.geocities.com/mash1995

post by: @izadGroup

No comments: