Sunday, September 6, 2009

Monday, February 16, 2009


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Pendahuluan
Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk
membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan.
Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara
dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda
membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini
amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan
dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan
bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina negara
bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan
melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Membina negara bangsa
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta
manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta
semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.
Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem
pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak
menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau
tempatan.
Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti
memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional
dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
1
Page 2
dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan
Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk
membina negara bangsa ialah :
• Menggerakkan
gelombang
baru
gerakan
memperkasakan
bahasa
kebangsaan.
• Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
• Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti
kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
• Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan
bahasa kebangsaan.
Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha
akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar
menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui
aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang
pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut
dititikberatkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk
kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian,
membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan
tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam
Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan
penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.
Membangunkan modal insan
Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia
mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna
tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan
dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi
komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis
2
Page 3
serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam
keluarga dan masyarakat.
Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan
sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :
• Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan
pelajar
KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata
pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat
(SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata
pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan.
Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan.
• Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan
kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan
dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca.
Penerbitan dan
penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak
atau bukan bercetak akan dipergiatkan.
Bagi menjayakan Program
Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti
komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD).
Bagi memastikan
program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan
akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan
Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan
Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam
P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik
minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.
• Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan
Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan
memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan.
3
Page 4
MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai
kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri
seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan.
Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan
ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan
pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua
dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan
kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah
turut dimantapkan sepanjang RMK-9.
• Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan
kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan
am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan
bagi mata pelajaran tertentu.
Sistem penggal akan dikaji semula dan
digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan
tidak berorientasikan peperiksaan.
Bagi memantapkan kualiti sistem
pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan
untuk dibandingkan dengan standard negara lain.
• Memantapkan program kokurikulum dan sukan
Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan
menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua
sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan
program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti
sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri.
Bagi
meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati
dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan
dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.
• Memperkukuh disiplin pelajar
Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu
bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan
Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan
4
Page 5
Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan
menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
• Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan
mempelbagaikan saluran aduan terus
Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan
khidmat pesanan ringkas (SMS).
• Memantapkan kurikulum
Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan
Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah
menengah.
• Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi
Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan
modal insan.
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada
sekolah rendah.
Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk
menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal
persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :
• Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
• Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
• Beraspirasi nasional.
• Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
• Pencapaian akademik cemerlang.
• Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
• Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
• Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
• Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
• Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
5
Page 6
Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar
PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan
infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu,
ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko
keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman
Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang
pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan,
video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan,
pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di
kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk
meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan
3M (membaca, menulis dan mengira).
Memartabatkan profesion perguruan
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi
pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa
sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan
skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain
menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut
Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan
kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi fokus
kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan
Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru
tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010
dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti
mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi
akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan bandar
besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem
pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian
6
Page 7
dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan
kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas)
masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah
dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan
contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat
antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan
negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat
Kecemerlangan Pendidikan.
Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi
pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan
tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :
• Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).
• Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru,
pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).
Kesimpulan
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan
sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan
cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk
memikul amanah bagi membantu memajukan negara.
Modal insan yang
mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan
anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan
lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan
golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada
negara.
Sumber maklumat :
Kementerian Pendidikan Malaysia
7
Page 8
Lampiran
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
• Membina negara bangsa
Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
• Membangunkan modal insan
Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk
pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
• Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
• Merapatkan jurang pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar,
mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan
pedalaman.
• Memartabatkan profesion keguruan
Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan
latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
• Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah

Thursday, January 1, 2009


Pintar Cerdas



Definisi:

Dari istilah persekutuan Amerika Syarikat, maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak,pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat diperolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka.
Defenisi bagi Negara Kanada,pintar cerdas ditakrifkan sebagai suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk memenuhi tahap keupayaan akedemik dan potensi mereka.
Di England, pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di dalam bidang akedemik manakala cerdas pula adalah 5 peratus teratas dari semua bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memilki kebolehan tinggi untuk 1 atau lebih di dalam subjek akedemik. Mereka ini tidak perlu menjadi pintar untuk semua subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi sukan, muzik , lukisan atau seni persembahan.

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam

Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas
Tatabahasa yang tinggi

Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
Tahap penumpuan yang lama

Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran
Kebolehan menyelesaikan masalah

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi
Suka bertanya dengan lebih teliti

Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku
Keupayaan imaginasi yang tinggi

Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya
Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial

Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi dunia,isu-isu alam sekitar
Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap haiwan
Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu orang lain
Bersemangat dan bertenaga

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian
Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna
Perkembangan asynchronous

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan social adalah tidak sekata sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak 10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dakanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya
Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang lain
Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya melalui gambaran intelek mereka. Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka kearah kekecewaan
Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang
Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi alasan

Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak
Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.
Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru
Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi yang sensitif

Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa
Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri kerana mereka malas untuk bersosial
Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuloran, pencemaran, ketidak adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka akan mengalami masalah ‘introverted’ dan mungkin menjurus kearah “existential depression”.

Forward by: issacGroup