Saturday, December 20, 2008

Disleksia

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Isi kandungan [sorok]
1 Ciri-ciri penghidapnya
2 Punca-punca Disleksia
3 Rawatan
4 Pautan luar



[sunting] Ciri-ciri penghidapnya
Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

[sunting] Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun daripada kemalangan.

Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.


[sunting] Rawatan
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial.


post by issac group

persediaan interview spp...

buat korang yang nak kena interview please baca bahan nie untuk persediaan...

SEKOLAH KLUSTER


LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.


DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
a.. Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b.. Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
c.. Jawatankuasa Pelaksana - dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER


Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:


a.. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
b.. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
c.. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
d.. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
e.. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:


a.. Prasyarat Pertama
a.. Pengukuran Standard Sekolah:
b.. Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


c.. Prasyarat Kedua
d.. Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
e.. Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
a.. SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
b.. SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
c.. SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
d.. SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
a.. Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
b.. Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
c.. Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
d.. GPS UPSR : 2 dan ke bawah
c. Syarat Pemilihan


a.. Kecemerlangan murid dalam aspek:
a.. Akademik
b.. Kokurikulum
c.. Sahsiah
b.. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
c.. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
d.. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
e.. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
f.. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
g.. Keberkesanan pelaksanaan program KPM
h.. Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:


a.. Langkah 1: Penerimaan pencalonan
b.. Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
c.. Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
d.. Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
e.. Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
f.. Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER


Pemimpin sekolah kluster ialah:


a.. Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
b.. Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
c.. Jawatan: school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula:


a.. Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
b.. Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
c.. Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
d.. Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:


a.. Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
b.. Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
c.. Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:


a.. Berpandukan:
a.. Key Performance Indicator (KPI)
a.. pengurusan sumber manusia dan fizikal
b.. sumber kewangan
c.. pembangunan profesionalisme staf
d.. program kurikulum dan kokurikulum berkesan
e.. lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
b.. TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:


a.. Umum (untuk semua sekolah)
b.. Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:


a.. Pematuhan piawai yang berikut:
a.. Akta Pendidikan 1996
b.. Sistem Pendidikan Kebangsaan
c.. Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
d.. SKPM
Senarai Bidang Autonomi:


a.. Pengurusan Sekolah
b.. Pengurusan Sumber Manusia
c.. Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
d.. Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
e.. Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti:


Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.


Peranan Agensi Lain


Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:


a.. Biasiswa
b.. Kewangan/Dana
c.. Program Kecemerlangan Akademik
d.. Program Kecemerlangan Kokurikulum
e.. Program Kerjaya
IMPAK SEKOLAH KLUSTER


Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:


Program Kecemerlangan Kokurikulum


a.. Program Kerjaya
b.. Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
c.. Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
d.. Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
e.. Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
f.. Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
g.. Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
h.. Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
(6.9% daripada 350,000 guru)
i.. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia




Reply to author Forward







You must Sign in before you can post messages.
To post a message you must first join this group.
Please update your nickname on the subscription settings page before posting.
You do not have the permission required to post.



Sattar View profile
More options Jul 25 2007, 12:25 am

From: "Sattar"
Date: Wed, 25 Jul 2007 00:25:56 +0800
Local: Wed, Jul 25 2007 12:25 am
Subject: Bahan untuk Persediaan temuduga SPP
Reply to author | Forward | Print | Individual message | Show original | Report this message | Find messages by this author
SEKOLAH KLUSTER


LATARBELAKANG - Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.


DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


TUJUAN
Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.


PELAKSANAAN
Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah;
a.. Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
b.. Panel Penasihat - dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
c.. Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.


KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER


Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:


a.. Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
b.. Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
c.. Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
d.. Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
e.. Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) (PIPP, 2006, ms. 119 dan 121)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:


a.. Prasyarat Pertama
a.. Pengukuran Standard Sekolah:
b.. Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


c.. Prasyarat Kedua
d.. Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
e.. Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
a.. SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
b.. SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
c.. SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
d.. SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
a.. Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
b.. Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
c.. Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
d.. GPS UPSR : 2 dan ke bawah
c. Syarat Pemilihan


a.. Kecemerlangan murid dalam aspek:
a.. Akademik
b.. Kokurikulum
c.. Sahsiah
b.. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
c.. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
d.. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
e.. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
f.. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
g.. Keberkesanan pelaksanaan program KPM
h.. Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:


a.. Langkah 1: Penerimaan pencalonan
b.. Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex.
c.. Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
d.. Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
e.. Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
f.. Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran
PENGURUSAN SEKOLAH KLUSTER


Pemimpin sekolah kluster ialah:


a.. Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
b.. Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
c.. Jawatan: school-based post
Guru-guru sekolah kluster pula:


a.. Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
b.. Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
c.. Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
d.. Nisbah kelas: guru ialah 1:2
Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:


a.. Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
b.. Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
c.. Ujian saringan sekolah
Akauntabiliti Pemimpin Sekolah:


a.. Berpandukan:
a.. Key Performance Indicator (KPI)
a.. pengurusan sumber manusia dan fizikal
b.. sumber kewangan
c.. pembangunan profesionalisme staf
d.. program kurikulum dan kokurikulum berkesan
e.. lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
b.. TOR Sekolah Kluster
Autonomi Sekolah:
Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:


a.. Umum (untuk semua sekolah)
b.. Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:


a.. Pematuhan piawai yang berikut:
a.. Akta Pendidikan 1996
b.. Sistem Pendidikan Kebangsaan
c.. Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
d.. SKPM
Senarai Bidang Autonomi:


a.. Pengurusan Sekolah
b.. Pengurusan Sumber Manusia
c.. Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
d.. Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
e.. Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum
Jaminan kualiti:


Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.


Peranan Agensi Lain


Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:


a.. Biasiswa
b.. Kewangan/Dana
c.. Program Kecemerlangan Akademik
d.. Program Kecemerlangan Kokurikulum
e.. Program Kerjaya
IMPAK SEKOLAH KLUSTER


Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:


Program Kecemerlangan Kokurikulum


a.. Program Kerjaya
b.. Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
c.. Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
d.. Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
e.. Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
f.. Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
g.. Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
h.. Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang
(6.9% daripada 350,000 guru)
i.. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia
Elaun Guru Pendidikan Khas Naik
PUTRAJAYA 2 Okt. – Seramai 5,600 guru pendidikan khas di seluruh negara akan menikmati kenaikan kadar elaun bulanan dari RM100 kepada RM250 sebulan mulai tahun depan.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih RM10 juta setahun diperuntukkan bagi peningkatan kadar elaun sebagaimana yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2008 bulan lalu.


‘‘Langkah tersebut adalah gambaran kepada komitmen dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan guru pendidikan khas di negara ini.

‘‘Sehubungan itu, saya berharap guru pendidikan khas akan lebih bersemangat dan proaktif dalam membantu membangunkan potensi murid istimewa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) di sini, hari ini.
Hishammuddin berkata, peningkatan kadar elaun itu adalah wajar memandangkan beberapa senario yang berlaku dalam bidang pendidikan khas ketika ini dan pelbagai tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh guru pendidikan khas.

‘‘Ini termasuk guru perlu menyertai kursus kepakaran tertentu yang tidak dikuasai oleh guru biasa, peluasan program pendidikan khas yang menuntut komitmen yang lebih daripada guru dan peluasan kategori kecacatan murid daripada satu kecacatan kepada pelbagai kecacatan.

‘‘Beban tugas guru bertambah. Selain mengajar, mereka juga terlibat dalam sesi kaunseling, terapi, modifikasi tingkah laku dan menjalankan ‘lawatan ke rumah’ bagi kes tertentu,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Kementerian Pelajaran hari ini menubuhkan tujuh buah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) bernilai RM1 juta dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan khas di negara ini. Katanya, tujuh pusat tersebut terletak di Putrajaya, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka.

‘‘3PK yang berbentuk pusat sehenti itu sememangnya merupakan antara pendekatan terbaik kerana kita menyedari usaha untuk membangunkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas harus bermula seawal usia kelahirannya,” kata Hishammuddin.

post by issacgroup

Sunday, December 7, 2008

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk pelajar berkeperluan khas@kelainan upaya





3.1 Koperatif

3.2 Kolaboratif Kelas

3.3 Kumpulan

3.4 Individu

3.5 Pemudahcaraan

3.6 Perbincangan

3.7Tunjukcara/Demonstrasi

3.8 Penyelesaian Masalah

3.9 Simulasi

3.10 Bercerita

3.11 Bermain

3.12 Projek

3.13 Lawatan

3.14 Inkuiri penemuan

3.15 Modul

******************************************************





3.1 KAEDAH KOPERATIF



Definisi


Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya



Ciri-ciri penting


1.Dalam pendekatan koperatif, sekumpulan pelajar boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja.



2.Walaupun penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja, semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut







3. Dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi dikalangan pelajar



4. Ganjaran dan pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat



5. Guru hendakalah memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai



6. Guru juga hendaklah melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif







3.2 PENDEKATAN KOLABORATIF



Definisi
Pembelajaran kolaboratif memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan



Ciri-ciri Penting
1. Dalam pembelajaran kolaboratif, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama


2. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif

a) kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi

b) perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi

c) saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik









3.3 PENDEKATAN KUMPULAN


Definisi


Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan dan dinamik kumpulan



Ciri-ciri penting



1. Aktiviti secara kumpulan harus mempunyai satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik

2. Tanggung jawab guru untuk mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan

3. Penglibatan pelajar secara aktif dalam kumpulan

4. Kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu diberi tanggungjawab

5. Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk

6. Kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar, mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif




3.4 PENDEKATAN INDIVIDU



Definisi
Satu cara atau program pengajaran yang mengambil kira perbezaan individu setiap pelajar



Ciri-ciri Pendekatan Individu



1.Pengajaran berdasarkan kebolehan dan kemampuan seorang pelajar



2. Penilaian berkala memberi maklumbalas kepada pelajar mengenai penguasaan kemahiran dan pengetahuannya



3. Pelajar mempunyai peluang untuk memilih matlamat pembelajaran, hasilan dan aktiviti-aktiviti



4. Kurang sesuai untuk pelajar sekolah rendah atau pelajar lembap yang memerlukan motivasi dan dorongan daripada pengajaran aktif guru





3.5 KAEDAH PEMUDAHCARAAN

Definisi



Kaedah yang kurang menitikberatkan peranan guru dan lebih menitikberatkan peranan murid. Sangat berkesan dalam sekolah bestari diamana guru memainakan peranan sebagai “guide” dalam proses pembelajaran



Ciri-ciri Penting

1. Guru menggalak murid supaya aktif dalam proses pembelajaran dengan memberi arahan dan panduan yang jelas

2. Guru hanya memberi bimbingan tetapi murid yang menyelesaikan masalah dalam bilik darjah

3. Guru memberi penekenan kepada murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri

4. Peranan guru adalah lebih sebagai pemerhati dan pendorong dalam proses pengajaran dan pembelajaran

5. Ia juga akan menggalakkan proses interaksi dikalangan murid supaya dapat mencetus idea dan jawapan yang betul kepada penyelesaian masalah

6. Peranan guru juga ialah untuk menyediakan pelbagai jenis bahan dan media pembelajaran bagi merangsang pembelajaran pelajar



3.6 TEKNIK PERBINCANGAN



Definisi

Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu/masalah



Ciri-ciri Penting



1.Pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan



2. Pelajar akan memberi reaksi/tindakbalas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru



3. Perbincangan dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah



4.Tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta menyelesaikan masalah



3.5 KAEDAH TUNJUK CARA



Definisi



Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, lukisan, jimnastik atau menjalankan sesuatu aktiviti



Ciri-ciri penting



1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan



2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah



3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen



4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti



Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah


Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran


Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi




3.6 PENYELESAIAN MASALAH



Definisi

Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi



Penyelesaian masalah adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit.



Ciri-ciri Penting

1.Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah



2. Mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis



Penyelesaian masalah dalam pengajaran



1. Mulakan penyelesaian masalah yang mudah secara lisan untuk menggalakkan perbincangan

2. Dalam penyelesaian masalah, soalan-soalan divergen mengenai masalah dikemukakan

3.Masalah yang dikemukakan hendaklah berkaitan dengan matapelajaran

4.Guru perlu membimbing dan merangsang perbincangan penyelesaian masalah

5.Jika penyelesaian masalah dicapai, pelajar diminta mengemukakan contoh-contoh baru bagaimana kemahiran menyelesaikan masalah itu boleh diaplikasikan

6.Jika penyelesaian masalah tidak diselesaikan, alternatif-alternatif lain dikemukakan

7. Kelebihan penyelesaian masalah ialah ia mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran



3.9 KAEDAH SIMULASI



Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu



Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal



Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya



2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan



3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi



4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan



5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis



3.10 KAEDAH BERCERITA



Definisi

Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan



Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat



Ciri-ciri Penting



1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar

2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)

3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka

4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian

5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan





3.11 KAEDAH STRATEGI MAIN SAMBIL PELAJAR



Definisi

Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.

Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan



Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa

2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak

3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.

4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna

5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain

6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah





3.11 KAEDAH PROJEK



Definisi

Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)

Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu



Ciri-ciri Penting

1. Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek

2. Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek

3. Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti

4. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh

6. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran

7. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan

kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan







3.12 Kaedah Lawatan



Definisi

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar

Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah



Ciri-ciri Penting

1. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung

2. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran

3. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

4. Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

5. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

6. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar





3.14 Kaedah Inkuiri Penemuan



Definisi

Kaedah ini menggabungkan kedua teknik inkdiri dan teknik penemuan. Ia adalah satu pendekatan yang lebih saitntifik dan menjurus kepada proses penyelesaian masalah tetapi ia akan mengambil masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan kaedah dan teknik yang lain



Ciri-ciri Penting



1. Terdapat beberapa langkah yang spesifik dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang strategi penyelesaian, mengumpul maklumat, menganalisis maklumat dan mendapat keputusan serta membuat rumusan

2. Pendekatan ini lebih sesuai untuk murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi oleh itu ia mungkin menimbulkan masalah untuk murid yang lemah

3. Pendekatan ini menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif serta celik akal dikalangan murid

4. Murid-murid yang terlibat dengan kaedah ini akam merasa puas hati apabila mereka dapat mencari jawapan sendiri dan menggalakan perasaan berdikari dalam proses pembelajaran

5. Untuk menggunakan kaedah ini, guru perlu mempunyai kepakaran yang lebih tinggi dan perlu membuat perancangan yang lebih teliti



3.15 Modul



Definisi

Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan ntuk membantu mencapai objektif pembelajaran

Ia meupakan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran-pembelajaran

Ia direkabentuk untuk pelajar belajar secara sendiri

Ia dibentuk untuk penggunaan satu-satu golongan pengguna



Ciri-ciri Penting

1. Ia mengandungi satu atau beberapa konsep sahaja

2. Modul mengandungi objektif-objektif tingkah laku

3. Ia boleh menggunakan pelbagai media

4. Ia mengandungi berbagai strategi atau aktiviti

5. Setiap panduan belajar mempunyai pengenalan, objektif pengajaran, siri, tugasan dan soalan-soalan untuk menguji kefahaman pelajar

6. Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun secara sistematik

7. Dalam modul unsur-unsur peneguhan dan jawapan-jawapan betul disediakan

8.Bahan pembelajaran terdiri daripada tugasan-tugasan pembelajaran yang digubal dan disusun secara sistematik